Pages

Thursday, 17 January 2013

Myza's Homestay Balik Pulau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Balik Pulau, Pulau Pinang kini makin pesat membangun dan menyediakan perbagai kemudahan secara tidak langsung telah menarik kedatangan masyarakat luar ke Balik Pulau samada bagi tujuan menikmati keindahan semulajadi di sini, melaksanakan tugasan atau menghadiri majlis di sekitar Balik Pulau.

Justeru, sebagai anak jati Balik Pulau kami amat mengalu-alukan kedatangan warga luar dan mengambil inisiatif dengan menyediakan kemudahan homestay bagi memastikan tetamu yang datang ke sini dapat menikmati keselesaan seterusnya  meninggalkan kenangan manis sepanjang berada di sini.

Myza's Homestay diusahakan oleh salah seorang anak jati Balik Pulau iaitu Rosmeiza Binti Mohamad Elias dan turut mendapat sokongan suami, Mohd Shukor yang telah beroperasi sejak tahun 2011. Homestay ini diusahakan bagi memberikan keselesaan kepada warga luar yang datang ke sini.

Homestay ini adalah sebuah rumah teres 2 tingkat yang terletak di Bandar Baru Air Putih dengan kemudahan 4 bilik tidur dan 3 bilik air.

Kemudahan / fasiliti yg disediakan:3 bilik bilik tidur dan 3 bilik air
Setiap bilik lengkap penghawa dingin
Toto, selimut dan bantal tambahan disediakan untuk setiap bilik
Televisyen dengan sambungan Astro (pakej asas)
Seterika dan meja seterika
Sofa, meja makan
Sejadah
Peralatan dapur disediakan (dapur, kuali, periuk, pinggan mangkuk)
Dilengkapi peti sejuk 1 pintu dan mesin basuh
Ruang meletak kereta

Dengan kemudahan yang disediakan ini, ianya amat bersesuaian bagi penginapan berkeluarga yang menjimatkan.

"SELAMAT MERASAI KEINDAHAN BALIK PULAU"

No comments:

Post a Comment